Sarikata Oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew -
Like Facebook kami untuk sarikata terbaru https://www.Facebook.com/malaysiasubbers
Atau layari laman web www.malaysub.com
Janganlah cepat sangat, Sidhu!
Mana dia pergi?
Apa ni? - Hadiah untuk ayah
Pergilah
Uruskannya dengan hati-hati
Selamat hari lahir ayah - Saya telefon semula
Hey, apa semua ini?
Kejutan ayah - Kejutan?
Manisnya awak..
Bukalah
Lepaskan saya, mak!
Kenapa kau raba aku?
Ingat kau boleh buat apa saja sebab kau lelaki?
Bila aku raba? Kenapa kau pukul aku? - Tak guna!
Kenapa kau tipu? Kau ingat aku gila? - Ingat kau lawa sangatkah? Minta maaf sekarang!
Kalau tak, teruk nanti! - Tanyalah apa yang dia buat tuan!
Pergilah! Teruskan, puan
Lelaki memang macam ni..
Pergi buat kerja semula
Siapa tu ayah? - Tak ada siapa, sayang. Lelaki tu teruk
Apa yang berlaku? - Tak ada apa. Macam kena gigit semut
Ayah nak beli snek
Tidak, ayah. Saya tak nak apa-apa. Masuklah balik. Mak mesti dah tunggu
Betul juga - Ya, ayah
Paul!
Apa yang berlaku? Paul!
Tak ada inspirasi betul hidup ini
Tak ada apa yang menarik!
Kaani, Teh Hijau
Beri pada aku!
Rasa macam kencing kuda!
Apa?
Ini tak berlaku
Satu kes saja. Hanya satu kes
Apa masalah kau?
Aku hanya perlukan kes yang menarik
Dah tiga minggu. Tak seorang pun yang berikan aku kes!
Lebih baik aku pergi jual tepung!
Otak aku dah mengecut!
Boleh tak sesiapa berikan aku kes yang menarik untuk diselesaikan?
Ke tepi!
Ya? - Detektif?
Oh ya, masuklah
Bangun, Kani!
Ada pelanggan
Dah tiga hari, suami saya..
Dia dah hilang tiga hari
Kamu berdua berkongsi cermin mata yang sama
Dia dah gunakannya selama 5 tahun
Gelung getah tu untuk melekatkan bingkai cermin yang patah
Dan suami kau tak bekerja. Dia hanya duduk dirumah dan memasak
Kau tak beritahu polis, kerana keluarga kau akan malu bila mereka tahu
Selepas melihat iklan di suratkhabar semalam, kau datang cari aku
Suami kau akan balik esok atau malam ini
Kerana dia tak ada sesiapa. Sekarang kau boleh pergi
Ya?
Detektif Kaniyan Poongundran ada? - Masuklah
Silakan
Berapa bayaran kau? - Apa kes kau?
Anak perempuan aku hilang
Apa namanya? - Madhavan
Berapa lama dia hilang?
Sebelas hari, hingga hari ini
Apa yang polis cakap?
Tak boleh harapkan mereka
Bila kau tahu dia hilang?
Dia pergi ke kolej. Dia tak balik ke rumah selepas itu
Dia ada teman lelaki..
Aku tak tahu!
Ini cek 10 lakh rupees
Ia milik kau jika kau dapat cari anak aku
Anak kau tahu memandu? - Apa?
Tidak, dia tak tahu
Siapa yang hantar dia ke kolej?
Dulu ada pemandu
Dulu? - Dia tu lelaki tak berguna
Dia dah lari
Berapa ramai pemandu kau? - Tiga
Kau ada pemandu tapi kenapa kau memandu sendiri ke sini?
Tak ada sesiapa tahu aku ke sini
Siapa yang berikan kau alamat aku? - Pengurus aku
Encik Madhavan
Aku ada tiga kes yang sedang disiasat, aku tak boleh terima kes kau
Dua puluh lima lakh!
Maaf encik.
Kau boleh pergi
Apa ni, Kani?
50 lakh!
Ambil cek kosong ini
Isi berapa banyak yang kau nak! Cari anak aku!
Sebelum ni kau mengamuk sebab tak ada kes
Kau dah tolak satu kes dan tipu, kata kau sibuk - Kita tak perlukan kes itu
Ianya 50 lakh! - Tak mengapa
Apa yang "tak mengapa"?
Selalunya orang upah detektif untuk mengintip bakal pengantin sebelum berkahwin
Kau macam itukah? Kau boleh selesaikannya dalam dua hari
Dia tawarkan cek kosong dan kau halau dia keluar!
Aku tak sukakan dia - Siapa yang peduli?
Yang penting kes
Cari sajalah anak dia, Kani
Dia akan mati - Apa?
Jika aku hantar anak dia balik, dia akan bunuh anaknya
Apa kau cakap ni?
Gadis itu lari dengan pemandunya
Perasan tak, dia ambil kunci dengan kakinya?
Dia rasa marah, bukannya sedih sebab anaknya hilang
Jika aku cari anaknya, kau akan tengok dia mati dalam perigi atau di jalan raya beberapa hari kemudian
Atau pun mati tergantung di rumahnya
Di anggap sebagai bunuh diri, kes akan ditutup
Sekarang cakap, kau nak aku terima kes ini?
Dia akan bunuh? - Dia memang nak bunuh anaknya
Kenapa tergesa-gesa ni? - Bijak
Kenapa kau senyum?
Magik!
Apa yang magik?
Lima saat lepas
Apa yang berlaku lima saat lepas? - Seni menyeluk saku
Siapa yang mereka seluk? - Kau lah
Beg duit aku masih ada di sini
Masih ada duitnyakah?
Aku ada 4 ratus rupees. Hanya ada 200 rupees saja!
Macam mana boleh jadi macam ni?
Tunggu dan lihat cara mereka
Berpura-pura macam kau bercakap di telefon
Hello puan! Ini Priyadarshan bercakap
Saya sihat saja. Puan apakhabar?
Macam mana dengan perniagaan?
Saya baru saja nak telefon awak bila awak telefon saya tadi
Ya, bungkusan berisi kain dah sampai
Saya akan hantar contoh kepada pegawai, petang ini
Tolong tengok dan berikan kelulusan
Kakak, lelaki botak, berkacamata berbaju hijau dengan beg
Cek lama masih belum selesai, puan
Lebih baik kalau puan dapat selesaikannya
Lebih bagus lagi kalau puan selesaikan bayaran untuk bungkusan kali ini
Ya, puan
Tak ada masalah, puan. Saya akan uruskan semuanya
Berpakaian macam gadis kaya untuk menyeluk saku ya?
Apa? Saya dari keluarga terhormat.. - Diam!
Keluarga terhormat, konon!
Aku baru saja tengok kau menyeluk saku tadi
Berapa kau curi dari lelaki itu?
Kakak, mereka ni siapa? Apa mereka nak?
Kami nakkan sekotak manisan! Mari, pergi ke balai polis!
Tolong jangan buat macam ni tuan, Saya akan pulangkan duitnya!
Tolong jangan buat kecoh! - Pedulikan! Aku panggil semua orang!
Aku suka cara kau bekerja. Datang ke alamat ini esok pagi
Simpanlah
Kau berikan alamat kita pada penyeluk saku!
Jika kau tak ada tadi, aku dah hantar mereka pada polis
Kenapa ni? Kenapa kau ada di sini?
Saya datang nak jumpa pakcik detektif
Okey, cakaplah. Kenapa? - Tidak, saya nak jumpa pakcik detektif
Pakcik tak nampak macam detektifkah?
Tidak, pakcik tukang masak - Ha?
Pakcik berbau macam bawang
Marilah
Duduklah
Bila kau taip "detektif" di iPad ayah kau..
.. kau jumpa banyak alamat. Kenapa kau pilih untuk datang ke sini?
Iklan detektif lain macam poster filem. Topi. Pistol. Bergaya
Tapi iklan pakcik hanya tertulis "Detektif Kaniyan Poongundran"
Bila saya nampak, saya buat keputusan untuk ke sini
Kau ponteng sekolah untuk ke mari? - Ya
Apa nama kau?
Naveen.
Sekarang beritahu saya, Naveen
Apa yang berlaku malam tadi?
Rumah kami di Neelankaran. Rumah banglo sebuah berdekatan pantai
Agak-agak berapa jauh dari pantai? - 343 kaki
Adik dan saya pernah ukur dengan tali pengukur tak lama dulu
Teruskan
Anjing kami bernama Nemo
Setiap malam jam 9.30, saya akan buka pagar untuk dia keluar
Dia akan bersiar-siar dan balik jam 9.40
Tapi malam tadi dia tak balik
Oh, kehilangan anjing?
Tidak. Kematian anjing
Nemo tidak balik sampai tengah malam
Saya beritahu emak saya
Tapi dia kata nemo akan balik lewat, dan saya patut tidur
Saya cuma tengok keluar dari tepi tingkap
Jam 1 pagi, adik dan saya kejutkan mak dan ayah
Ayah saya buka pagar dan keluar
Lebih kurang 20 kaki dari pagar, kami jumpa Nemo mati terbaring
Bila kami suluh pakai lampu, kami nampak Nemo bermandi darah
Nemo tu baka apa? - Pomeranian
Adik dan saya menangis sepanjang malam
Saya suruh mak dan ayah saya telefon polis
Ada konstabel datang jam 1.40 pagi
Dia kata dia sibuk dan tak perlu buat kecoh pasal hal itu, betul tak?
Ya, pakcik
Dia pergi dan kata yang Jabatan Polis akan belikan anjing lain jika kami nak
Emak dan ayah kau tanam anjing tu di taman
Betul tak? - Ya, pakcik
Mak ayah saya pergi ke majlis perkahwinan pagi tadi
Adik saya kata dia nak tengok Nemo
Saya ambil cangkul dan mula menggali
Semasa ayah saya tanam Nemo, dia balutnya dengan kain putih
Dan di dalamnya ada Nemo saya..
Semasa kami sedang tengok, mak ayah kami balik
Ayah saya marah pada kami
Saya letak semula Nemo di dalam lubang dan ayah saya timbuskan pasir atasnya
Okey, bertenang.. - Tunggu!
Saya pegang badan Nemo yang belumuran darah semasa letakkannya di dalam lubang..
.. dan saya jumpa ini
Ianya peluru, Kani
Saya pernah tengok siri tv, Sherlock Holmes
Tapi dia tak wujud
Saya nak cari pembunuh Nemo
Tapi saya tak tahu macam mana nak cari. Boleh carikan untuk saya, tolonglah?
Ini ialah duit poket yang mak ayah saya beri
Lapan ratus dan tiga puluh tujuh rupee
Simpanlah dan anggaplah ini bayaran, pakcik boleh carikan pembunuh Nemo untuk saya?
Jika aku dapat cari pembunuh tu dan bawa pada kau, apa kau nak buat?
Saya nak tanya dia, kenapa dia bunuh anjing saya? Sampainya hati dia buat begitu
Tunjukkan dia jalan keluar, Mano. Ambil alamatnya sebelum masuk
Pakcik terimakah kes ini? - Ya
Naveen, keluar
Mari, jom
Ya, siapa?
Sekejap. Joel! Panggilan!
Suami adik saya? Saya tak ada adik
Okey, aku akan ke sana
Dengar sini, Kani. Aku pernah bantu kau sekali. Kenapa kau asyik ganggu aku macam ni?
Aku kerja untuk polis. Apa tanggapan mereka jika aku asyik bantu kau?
Ia akan nampak macam kau yang bantu aku
Kau bantu aku selesaikan kes. Itu aku tak nafikan
Jika komisioner tahu yang laporan forensik..
... tentang tiga pembunuhan itu palsu..
.. dia akan pindahkan seluruh jabatan ke Ramanathapuram
Apa yang kau nak sekarang?
Laporan balistik
Ianya peluru 9mm
Ia ditembak menggunakan pistol Glock 19 atau 20, ia tak mungkin ada di dalam badan anjing tu
Itu yang berlaku
Jika ia ditembak dengan Glock, peluru akan menembusi anjing itu
Glock pistol yang kuat
Tapi peluru ada di dalam perut anjing itu. Bukankah itu apa yang budak lelaki..
Mustahil. Analisa mengatakan yang ia telah terkena permukaan keras
Melantun? - Ya, ia mesti terkena besi atau pun batu
Jika ia melantun dari permukaan, kelajuannya akan menurun..
.. dan masuk ke dalam badan anjing itu. Itu saja caranya
Nah, ini dia. Aku pergi dulu
Undur sedikit
Undur lagi!
Teruskan! Ke kanan!
Sekarang, panjat!
Dekat! Anggaplah kau sedang menembak
Tak ada kelongsong peluru di sini, Kani
Aku tak rasa mereka tembak dari sini
Sabar. Pakcik akan bayar awak semua
Encik, datang dan tengok sini!
Pakcik akan datang semula
Apa dia?
Gigi
Hey, Mallika! Berapa kutipan hari ini?
Aku tanya ni, si sombong!
Mana duit tu?
Hanya 200 rupee?
Ini tak cukup!
Pergi ke rumah Sarasu esok
Lacurkan diri kau untuk 7,000 rupee sehari - Tak mahu!
Tak mahu? Jadi kenapa kau masih di sini?
Keluar dari rumah ini. Bawa sekali budak-budak tu!
Sogokan sebulan sudah 25,000 rupees!
Mak ayah kau yang dah mati tu akan tolong bayarkah?
Dan, ada bayaran untuk penyangak, penjahat dan tukang pukul!
Bukankah kau makan tiga kali sehari seperti khinzir?
Dia kata tak mahu pergi!
Jika esok kutipan tak lebih dari hari ini..
.. aku sendiri akan heret kau ke rumah Sarasu!
Apa?
Aku datang untuk pulangkan duit kau
Berikannya!
Dia tak ada di sinikah?
Aku ada kan? Berikannya pada aku
Aku hanya akan beri pada dia
Biarkan dia masuk, Mano!
Pergi!
Apa dia?
Aku tak nak duit kau
Kau akan pulangkan semua duit pada orang yang kau selukkah?
Mak ayah kau mati semasa kau kecil
Kau tinggal dengan pakcik atau makcik. Betul tak?
Pakcik
Dia gosok baju sebagai sumber pendapatan
Baju yang kau pakai sekarang, bukan baju kau
Pakcik kau tu penipu
Dia suruh kau mencuri dan dia hanya minum sepanjang hari di rumah
Macam mana kau.. - Kau tak tahu buat kerja lainkah?
Dia kata aku boleh jadi pencuri atau pelacur
Aku pilih mencuri
Apa dia?
Berikan dia kad Swaminathan. Di sudut kanan laci
Jumpa lelaki di alamat itu. Dia akan carikan kau kerja
Pakcik aku tak akan benarkan aku buat kerja lain. Dia tu merbahaya
Hantar dia ke sini. Aku akan uruskannya. Sekarang pergi
Berapa lama kau nak pandang? Mari!
Apa nama kau?
Mallika - Mallika
Kalau aku nampak lagi kau ada di jalan..
.. aku akan tanam kau di situ. Pergi sekarang!
Kenapa kau ambil berat tentang pencuri tu?
Ayah aku seorang penyeluk saku
Mallika!
Jangan curi dengar!
Jangan buat silap
<i>Ada gadis datang ke perkahwinan doktor semalam</i>
<i>Ya - Lelaki dengan dia? Macam cerita komik!</i>
Macam mana seorang lelaki.. - Hey!
Patutkah kau bergossip di kaunter pelanggan? - Tidak, suka-suka saja
Apa yang suka-suka? Jika kau ada masa lapang, baca tentang teknologi pergigian di talian
Mana dia?
Siapa, tuan? - Ketua doktor!
Dia di dalam bilik x-ray. - Duduk!
Mana bilik x-ray? - Terus, sebelah kanan
Ini ialah orthopentagram pesakit
Okey - Ini ialah rawatan akar gigi
Dia ada di sebelah saya, tuan! - Awak ni siapa?
Saya akan berikan telefon padanya. Tunggu
Komisioner bercakap - Apa, Komisioner?
Tuan, apa yang saya boleh bantu?
Ada satu kes penting doktor
Ada bungkusan tiba di pejabat Ketua Menteri, hari ini
Ada gigi didalamnya
Stafnya ketakutan
Ketua Menteri suruh saya siasat
Jika saya hantar ke hospital kerajaan, pihak media akan tahu
Sebab itulah saya hantar pada awak
Gigi tu ada pada staf saya di sana
Saya nak tahu butiran lengkap tentangnya, segera
Jika awak boleh cari mangsa..
... saya akan aturkan pertemuan awak dengan Ketua Menteri minggu depan
Tuan memang baik. Saya akan uruskannya segera
Saya akan serahkan telefon padanya
Ya, tuan? Baiklah tuan. Faham
Silakan duduk - Okey
Saya akan dapatkan butiran lanjut dalam dua jam
Minta semua doktor datang ke makmal!
Siapa dia? - Agen CID Stanley Kubrick
Silakan duduk - Terima kasih
Duduklah
Ini ialah gigi taring kiri
Darahnya dah kering, jadi ia mesti tercabut di antara 24 -36 jam yang lalu
Ini bukan gigi asli pesakit
Prostetik
Ada beberapa jenis prostetik
Ini bukan titanium. Ianya zirkonium
Zirkonium di buat di Bangalore atau pun Chennai
Di Chennai, ada syarikat di panggil "DentoTech" di Adyar
Semasa kami periksa gigi ini, kami dapat tahu yang ia baru di buat tiga bulan lepas
Kami dah telefon DentoTech
Dalam 6 bulan lepas, mereka terima 4 tempahan untuk gigi taring
Doktor kami dah telefon syarikat dan kami dapat maklumat ini
Fail ini ada nama, nombor telefon dan alamat pesakit. Ini dia
Terima kasih tuan. Mari pergi
Komisioner berjanji untuk temukan saya dengan Ketua Menteri minggu depan
Perdana Menteri pun akan ada sama. Encik boleh jumpa mereka berdua
Oh tuhanku. Terima kasih
Encik Kaushik - Ya
Saya dari DentoTech Tunjuk
Ada - Hello, Encik!
Kenapa dia periksa gigi aku?
Maafkan saya. Saya dari DentoTech
Encik baru tukar gigi taring kiri kan?
Pemeriksaan kecil saja. Ada!
Encik Kanthamani ada di dalam? - Dia sedang jalani upacara
Aku tak dengar apa-apa pun - Upacara senyap, encik
Jadi apa tugas kau? - Pastikan yang dia tidak diganggu
Duduk! -Sakit kepala aku!
Hello tuan. Saya dari DentoTech
Tolong buka mulut tuan
Sila teruskan
Hentikan kereta!
Sekejap, tuan
Okey, pergi - Apa ni?
Tiga nama di dalam senarai aku masih ada giginya
Macam mana dengan kau?
Tinggal seorang lagi
Aku cuba telefon, tapi telefonnya dimatikan
Apa namanya? - Swarnavel
<i>Kau dari kejiranan mana?
<i>Berhenti menangis. Berhenti!
<i>Kau dari sekolah mana?
<i>Kau dari mana?
<i>Kau bekerja dengan dia kan? Aku hantar kau pada polis
<i>Kau dari mana? Cakap! - Kau patut dipenjarakan
<i>Kau tak malukah? - Kau dari mana?
<i>Mencuri di siang hari? - Berapa kali kau dah mencuri?
<i>Kau akan rompak rumah aku jugakah? - Kecil lagi dah mencuri kan?
Dia pencuri! Kenapa kau pukul..
Kau poliskah? Polis pun tak berhak buat begini
Dengan budak-budak begini, macam mana kami nak keluar?
Duduk saja di dalam rumah. Mari
Kenapa buat kerja yang tak penting begini?
Kau nak bawa mereka ke mana?
<i>Tak fahamlah apa yang dia nak buat
Diamlah!
Tingkat berapa? - Tiga
Nombor rumah - G16
Ke mana kau nak pergi?
Tolonglah jangan buat begini, tuan
Mana balkoni?
Di sana
Berikan pada aku
Kepala aku! Ia tingkat ataslah!
Pakcik! - Pakcik!
Kau ke mana? - Misi selesai
Misi apa?
Selamat pagi, puan - Selamat pagi
Saya kawan Swarnavel, Prabhakaran
Dia ialah - Karl Marx
Tak pernah pun nampak sebelum ini
Memang tak pernah. Kami kawan sekolah Swarnavel
3 hari bulan, ada perjumpaan alumni
Kami nak jemput dia, tapi kami tak tahu bagaimana nak hubungi dia
Okey, tapi macam mana awak dapat alamat ini?
Ashok berikan pada kami. Dia tinggi dan agak gemuk
Baiklah. Silakan masuk - Dia dah tertipu
Silakan masuk. Duduklah
Nak makan apa-apakah?
Tidak. Terima kasih - Saya nak segelas air
Bila Swarnavel akan sampai?
Dia tak akan datang ke sini. Dah dua tahun kami bercerai
Ini dia - Macam mana anak awak meninggal dunia?
Semasa dia bermain sembunyi di balkoni..
..dia masuk ke dalam tangki dan menutupnya
Dan kuncinya terselak
Sebab itulah Swarnavel tinggalkan saya
Sebab saya tak jaga anak saya dengan baik
Dia tuduh saya penyebab kematian anak saya
Kenapa awak turunkan gambar tu ke lantai?
Bukan saya. Swarnavel yang letakkannya di situ
Apa? Bila dia ke mari?
Dia ada ke mari, tiga hari lepas
Dia peluk gambar Vinay dan menangis
Dan bunga ini? - Dia yang bawa
Di mana Swarnavel bekerja sekarang?
Dia profesor fizik dia universiti Anna
Tapi dia dah letak jawatan. Saya tak tahu dia bekerja di mana sekarang
Mana Swarnavel sekarang?
Rasanya di Pangsapuri Nandhini, jalan Greams
Boleh saya dapatkan jus? - Ya, sudah tentu
Apa yang kau buat?
Hati-hatilah!
Tak kan pakcik tak boleh nak agak bila tengok dia? Dia polis berpangkat tinggi, pakcik
Polis? - Ya
Oh tidak! Nasib pakcik memang malang
Rasanya nasib akan berubah kalau pakcik ke Pazhani esok dan botakkan kepala
Tinggal sajalah di sini - Baik, pakcik
Pakcik akan buka semula kedai dobi pakcik dan cari rezeki untuk awak semua
Okey, pakcik!
Pakcik akan jaga awak semua baik-baik
Jika nampak polis tu lagi, beritahu dia pakcik dah jadi lelaki yang baik
Kami akan cakap begitu - Terima kasih
Sofa dah sampai!
Terima kasih
Maaf, encik. Kami tutup hari ini
Tapi saya masih belum isi lagi - Tak mengapa, nanti kami telefon
Apa? Saya tak faham - Encik boleh pergi sekarang
Ini tak adil. Beritahu saya sebabnya!
Saya tak akan pergi selagi tak isinya!
Awak siapa? Apa yang berlaku ni? Apa semua ini?
Apa projeknya?
Berapa nilainya?
30 kror
Setuju
Sedia untuk pergi, Kani?
Kau pergi cari Swarnavel. Aku ada kerja di T-Nagar
Aku ingat kita akan pergi bersama. - Dengar sajalah. Sekarang pergi
Apa dia?
Aku perlukan kerja
Pecah masuk rumah? Macamlah menyeluk saku masih tak cukup
Keluar sekejap, Mano - Apa?
Kenapa dia kunci aku diluar?
Aku tak tahu apa yang dia nak buat sekarang
Kenapa aku beritahu kau? Ke tepilah!
Apa yang dia buat?
Dia datang
Awak nak lawat siapa, encik? - Swarnavel
Maafkan saya, puan
Ada lelaki bernama Swarnavel tinggal di sini..
Saya tak tahu, encik. Pintunya berkunci sudah dua atau tiga hari
Tahu tak dia bekerja di mana?
Suami saya beritahu yang dia broker saham
Yang lain saya tak tahu
Tuan, ada orang tanya tentang Swarnavel
Apa tuan nak aku buat?
Ikut dia
Baik, tuan. Aku ikut dia
Tangkap dia
Aku pergi ke rumah Swarnavel. Ia berkunci
Jiran pun tak tahu apa-apa. Apa kita nak buat?
Dengar sini betul-betul
Ada 4 orang sedang mengekori kau
Apa? Kenapa mereka buat macam tu?
Jangan pusing, Mano. Ikut cakap aku
Berhenti! Berhentikan motor!
Cepat! Cepat!
Cepat!
Kau siapa?
Kenapa kau pergi ke rumah Swarnavel?
Dia tanya tu. Jawaplah!
Pergi tengok siapa tu
Bangunlah!
Kita bunuh dia!
Bangunlah!
Sekejap, tuan
Lari semua!
Siapa yang hantar kau semua?
Aku tak tahu apa-apa
Karmegan janji untuk berikan kami 5,000 dan bawa kami ke sini. Itu saja yang kami tahu!
Si penipu tu tak bayar pun kami, tuan
Kau dari mana? - Althotam
Karmegan? - Dia dari Choolaimedu
Seperti arahan tuan, kami ekori dia
Dia bawa kami ke banglo lama
Ada lelaki tinggi di sana
Kami berempat serang dia, tapi kami tak setanding dengannya
Dia tahu seni pertahanan diri, tuan
Dia dah kalahkan kami semua!
Hanya aku seorang saja yang terlepas
Yang lain tak tahu tentang kita. Mereka baru keluar dari penjara dua hari lepas
Jika tuan bayar dahulu, lebih bagus tuan
Ulangtahun perkahwinan, aku kena belikan sari untuk isteri
Betulkah tuan? Nak aku ke mana?
Tingkat 8?
Baiklah tuan
Ada orang nampak kita, Kani. Mari pergi!
Tunggu - Mari pergi!
Ambil cermin mata saya, Paaru!
Kenapa nak cermin mata sekarang? Tidur sajalah!
Jangan ganggu saya! - Buat sajalah!
Ada orang di luar sana!
Bawakan lampu picit sekali
Mari pergi, Kani!
Kita keluar dari sini!
Kenapa? Kenapa nak cermin mata?
Apa yang awak pandang tu?
Ada apa di sana? Awak cari apa?
Rasa macam ada dua orang di situ
Oh tuhan, masuk dan tidurlah!
Berhenti merepek!
Ada orang dah datang ke sini dulu
Orang lain
Lelaki
Kasut saiz 10. Tinggi 5' 11"
Berikan pada aku
Aku tak nampak apa-apa pun
Kau hanya tengok
Tapi aku mencari
Apa ni Kani? Kita tak jumpa apa-apa pun
Apa yang kita buat ni?
Apa ni?
Kesan yang ditinggalkan oleh objek
Meja ini dah berabuk. Tapi ada bahagian yang bersih
Mereka mesti ambil sesuatu di sini - Apa dia?
Berikan tali ukur
Buka perisian buku di telefon kau
Cuba cari buku "Lightning Physis and Effect"
Berikan aku ukuran buku tu
21.5 sentimeter dan 27.5 sentimeter
Ada buku di sini
'Lightning Physics and Effect.'
Di mana kita tersilap?
Macam mana dia boleh tahu?
Apa kita nak buat, pakcik?
Lelaki yang lari semalam
Aku minta dari kau kah? Aku mintakah?
Aku akan penggal kepala kau dan gantung otak kau di atap!
Pergi!
Swarnavel ialah cikgu fizik
Kenapa dia jadi broker saham?
Jadi broker saham, kenapa dia baca buku kejuruteraan?
Mungkin dia tak mahu lupa tentang fizik
Kenapa dia baca buku tentang kilat?
Kilat kan sebahagian dari fizik, kan?
Tidak, Mano
Aku rasa kita telah diperbodohkan
Ada sesuatu yang tertinggal
Kenapa curi buku tentang kilat dari rumah Swarnavel?
Siapa yang curi?
Ya tuan. Apa yang saya boleh bantu? - Encik Kaniyan Poongundran
Ya tuan, masuklah, silakan
Silakan duduk
Kani - ya, ya aku nampak mereka
Aku dengar bunyi siren polis
Kami datang untuk dapatkan nasihat tentang kes
Maaf encik.Aku sibuk sekarang. Encik boleh pergi
Tahu kami siapa, Encik Kani?
Ya, aku tahu
Penolong Komisioner, Vijay Kumar. Inspektor Madhivanan
Kau datang nak bertanya tentang Komisioner Paul Dhanraj..
.. yang rebah dua minggu lepas dan meninggal 3 hari selepas itu
Mengikut bedah siasat, ada pendarahan pada anggota dalaman
Keadaannya sangat teruk. Dia anggap mati mengejut. Kes di tutup
Aku tak tahu kenapa kamu datang ke sini
Kami dengar banyak cerita tentang awak, Encik Kani
Awak banyak selesaikan kes yang jabatan kami tak dapat selesaikan
Saya sangat menghargainya
Saya datang ke sini untuk dapatkan pandangan tentang beberapa perkara
Cakaplah
Mendiang Paul dan saya belajar di kolej yang sama
Saya kenal dia selama 20 tahun
Dia tak pernah buat maksiat
Malah dia tak pernah minum minuman keras
Pembersih, anti rokok, dan awak tahu..
.. seorang atlit yang cergas
Dia tak pernah ada masalah fizikal
Kenapa tiba-tiba dia mati?
Siapa yang buat bedah siasat? - Dr. Sangaiyaa
Sangaiya.. dia pathologi yang hebat
Jika dia kata begitu, mesti ianya betul
Tidak, saya enggan percaya yang ianya kematian biasa
Kalau bukan kematian biasa, jadi apa?
Pembunuhan?
Itu yang dilaporkan oleh beberapa suratkhabar
Mereka cetak apa yang mereka nak
Kaniyan Poongundran!
Bodohnya kau!
Oh tuhanku! - Apa yang berlaku? Apa yang dia buat?
Saya tak tahu. Sekejap ya
Mano, ikut cepat
Aku dah selesaikannya! Oh tuhan! Macam mana aku boleh terlepas pandang?
Macam mana aku boleh terlepas pandang?
Maaf, tuan
Kau nak ke mana?
Saya nak jumpa Puan Diwakar
Mak, ada orang nak jumpa mak!
Boleh saya bantu?
Kenapa tipu tentang kematian suami puan?
Apa? Awak ni siapa?
Puan tengok dengan kedua mata atau satu saja?
Kenapa puan tipu?
Kenapa saya nak tipu?
Diam, Kani!
Maaf puan. Saya tahu ianya sukar untuk puan..
Cakap! Kenapa puan tipu? - Tipu?
Kenapa pula saya nak menipu?
Saya nampak sendiri suami dan anak saya mati didepan mata saya!
Kesan panahan kilat itu masih ada di sana!
Mari saya tunjukkan. Mari!
Tengoklah. Barulah awak akan percaya kan!
Nasib saya memang malang! - Kau dah gilakah?
Apa yang kau buat? - Kenapa saya nak tipu?
Kenapa saya diuji begini?
Kenapa awak buat semua ini pada saya?
Awak tak percayakan saya? Mari!
Tengoklah sendiri! Di sinilah ia berlaku!
Di sinilah anak dan suami saya, Diwakar mati di panah petir!
Betul-betul di sini! Tengok!
Kenapa puan menipu? - Oh tuhanku!
Kenapa saya nak menipu? Mari!
Tengoklah sendiri!
Di sinilah mereka di panah petir! Betul-betul di sini!
Saya beritahu awak sekali lagi. Di sinilah mereka mati!
Puan tengok dari sinikah?
Ya..
Tidak, bukan dari sini. Saya nampak dari sana!
Dari sini
Semasa saya memerhatikan mereka di sini, anak saya berlari pada suami saya..
.. untuk berikan dia hadiah
Kemudian apa terjadi? - Tiba-tiba kedengaran bunyi petir
Saya terkejut, saya nampak petir menyambar anak saya..
... dan suami saya..
Kenapa puan menipu lagi dan lagi?
Itu yang saya nampak!
Bunyi panahan petir yang kuat!
Sebelum saya sedar, petir menyambar mereka..
Dari mana petir itu datang?
Dari sana
Puan tak menipu
Apa yang puan cakap itu betul
Siapa yang bertugas di sini pada 26hb?
Awak siapa? - Polis!
Bukankah kau yang bertugas pada 26hb, Elango?
26haribulan? - Ya
Bukankan ada lelaki datang tanya kau soalan hari itu?
Oh ya. Betul. Saya ada di sini
Ada sesiapa naik ke bumbung malam itu?
Ada orang dari syarikat penghawa dingin - Berapa ramai?
Tiga orang - Kau ikut mereka sekali?
Malam itu hujan lebat. Jadi aku tak ikut mereka
Mereka bawa sesuatu bersama?
Mereka bawa empat atau lima kotak besar
Lelaki ini ada bersama mereka?
Dia lelaki yang sangat baik, tuan!
Seperti biasa, aku tak faham - <i>Dia berikan aku 500 rupee!
Kenapa kau datang ke sini? Kenapa kau ganggu wanita itu?
Mula-mula ada bunyi kuat. Barulah kilat
Itu satu penipuan
Bukankah kau cakap yang wanita itu bercakap benar?
Kau belajar gred lima tak? Cahaya lebih laju dari bunyi
Bunyi hanya datang selepas petir
Budak kecil pun tahu tu
Apa yang Swarnavel buat di sini?
Kejuruteraan kilat. Cuaca dan sains iklim. Transformer.
Dia belajar dari buku itu semua
Jadi petir itu..
Diwakar tidak di bunuh oleh panahan kilat
Dia mati akibat petir yang di cipta oleh kumpulan Swarnavel
Ia bukannya kemalangan
Ia adalah pembunuhan terancang, kawan
Pembunuhan terancang
Kami perlukan maklumat lengkap tentang kes tersebut
Kes yang mana, encik?
Sebelum kematiannya, Pegarah Urusan awak, Diwakar ada rancangan untuk ke Bangalore
Apa tujuannya ke sana?
Maaf, ia maklumat sulit. Saya tak boleh dedahkannya
Dia ialah penyiasat persendirian. Saya dari CB-CID
Kami di upah untuk siasat kes ini
Jika awak jawap soalan saya seperti awak jawap pada dia, kami akan siasat awak di pejabat kami
Semua, boleh berikan kami masa
Kenapa Diwakar pergi ke Bangalore?
Untuk tender tuan - Tender apa?
Tender perisian dari Madison Ruth
Apa yang berlaku pada tender itu? - Pesaing kami yang berjaya memperolehinya
Yang mana? - Inten Solutions
Ada orang lain di syarikat awak yang tahu..
Tidak tuan. Dia satu-satunya CEO dan pereka perisian utama
Berapa harga tender? - 10 juta US dollar
Soalan terakhir
Siapa wakil tender bagi pihak Inten Systems?
Ramprasad.
Jika kau parkir kereta kau begini, macam mana kami nak keluar?
Maaf, kereta saya rosak tiba-tiba. Saya sedang periksanya
Apa dia, Kani?
Apa yang berlaku?
Kenapa?
Berikan saya air - Sekejap!
Ini dia
Minumlah
Nak saya telefon ambulan?
Tidak, terima kasih
Boleh ambilkan ubat dari beg saya?
Apa kombinasinya, encik?
329
Tak boleh buka
Apa nombor yang saya sebut?
Encik kata 329
Maaf. Ianya 429
Ini dia
Pakcik pergi mana? Saya mencari pakcik merata tempat
Dia sakit dada
Sakit dada? Dah makan ubat ke?
Pemuda ini bantu pakcik tadi
Baiklah, mari pergi
Marilah
Perlahan-lahan. Hati-hati
Perlahan-alahan
Mari pergi
Sekejap
Ambillah.. - Tak perlu encik
Tak mengapa - Tidak, encik jagalah diri
Dia telefon dari nombor apa?
Periksanya!
Jaga percakapan kau!
Kenapa nak jumpa Encik Ramprasad?
Lelaki berbaju biru yang pergi tadi. Adakah dia Encik Ramprasad?
Awak siapa? Kenapa nak jumpa dia?
Dia ialah Encik Tamizhvaanan dari CB-CID. Saya Shankarlal
Isterinya telefon beritahu yang anaknya diculik
Berapa banyak yang mereka minta?
Dah telefon sekolah?
Kenapa kau telefon aku tanpa telefon sekolah dulu?
Ia mungkin gurauan, tahu tak?
Dungu! Sekarang letak!
Aku akan telefon sekolah sendiri
Saya Ramprasad, ayah Suresh dari kelas 6D
Boleh periksa, anak saya ada atau tidak di dalam kelas?
Ya, saya akan tunggu
Panggilan menunggu - Teruskan mencuba
Apa bau busuk ni?
Saya tak bau apa-apa
Ingat saya gilakah?
Saya tak boleh nak duduk di sini!
Hentikan kereta dan periksa!
Tolong jaga dia di dalam bilik puan selepas habis kelas
Saya akan jemput dia sendiri
Ini ialah Detektif Kaniyan bercakap
Kenapa nak jumpa saya?
Ada bangkai tikus tuan - Tak guna betul!
Macam mana ia boleh ada di sini?
Saya baru saja bersihkannya pagi ini. - Pergi buang!
Jika kau dah bersihkan, adakah dia masuk sendiri dan bunuh diri?
Buangkannya, tak guna!
Ada yang tak kena, Mano
Pasang pewangi kereta
Tak boleh tahan baunya!
Buat sajalah!
Ini bukan pewangi kereta kita, tuan
Siapa peduli? Pasangkan saja!
Baik tuan - Apa pun, bincang dengan peguam saya
Cukuplah dengan analisa kau tu. Sekarang pandu saja!
Apa yang awak nak?
Macam mana awak dapat nombor saya?
Apa pun sebabnya, berbincang dengan peguam saya
Busuk betul baunya!
Buka tingkap!
Turunkan tingkap, Muruga!
Kereta itu kan? - Ya
Kenapa kau pandu laju sangat?
Perlahan sedikit
Aku kata perlahan sedikit
Aku dah cakap berulang kali
Dan kau boleh ketawa
Kau dah gilakah?
Kau dah gila?
Aku tak faham semua ini, Kani
Untuk urusan 10 juta dolar, Ramprasad upah satu kumpulan untuk bunuh Diwakar
Hanya kita yang tahu bagaimana Diwakar mati
Sebelum kita sempat jumpa Ramprasad..
.. kumpulan itu telah gantikan pewangi udara dengan nitrous oxide di dalam keretanya
Nitrous oxide?
N2O.
Gas ketawa. Kau tak belajar di gred 12 kah?
Menghidup nitrous oxide akan menyebabkan pengembangan salur darah
Bekalan darah beroksigen yang laju akan pergi ke otak dan sel saraf
Ini menyebabkan keghairahan
Reaksi pertama seperti di geletek
Dan ia menyebabkan tubuh hilang kawalan
Dan dia akan buat kau kelihatan seperti mabuk. Dan akhirnya..
Nitrous oxide adalah penyebab kematian mereka berdua
"Rakan" kita..
.. jadikan pembunuhan seperti kemalangan untuk kali kedua..
.. dan mereka selangkah lebih pantas dari kita
Kepala aku peninglah, Kani
Untuk pertama kali, ada kesilapan, Kamalesh..
Hei! Diam!
Mereka tak faham bahasa Tamil..
Ada kesilapan kecil
Aku dah berikan kau 8 sofa, setakat ini
Semua kerja berjalan dengan lancar
Apa yang berlaku kali ini?
Aku akan uruskannya - Bagaimana?
Macam kau bunuh Ramprasad?
Kami tak ada pilihan. Kami kena bunuh dia
Ramprasad ialah pelanggan kita!
Dia bayar kita 300 kror!
Bila tali terjerut di leher, kau tak boleh nak leraikannya atau pun digantung
Kau nak kami tertangkap?
Jika detektif itu berjumpa dengan Ramprasad, kita semua akan terbongkar
Jadi, hanya ada satu pilihan
Kita kena 'senyapkan' pelanggan kita
Detektif itu pun patut dibunuh juga
Aku dah upah tukang pukul - Apa?
Mereka golongan profesional. Mereka akan buat dengan 'bersih'
Tugas kau hanya mencari pelanggan
Serahkan yang selebihnya pada kami
Kami perlukan rancangan untuk hapuskan detektif itu
Sedikit kesilapan pun boleh buat semuanya terbongkar
Aku tak ada masa untuk semua itu
Aku dah suruh mereka bawa kepala dia pada aku
Aku nak tahu bagaimana dia jadi begitu bijak..
.. dan aku nak periksa otaknya sendiri
Hey, aku tahu apa aku buat. Tunggu sajalah
Siapa tu?
Minuman percuma
Jangan minum - Kenapa?
Berpura-pura macam kau minum air tu
Kenapa ni?
Semua orang pergi selepas kita masuk
Dengar sini baik-baik, Mano
Keluar dari tempat ini perlahan-lahan
Dan nak buat apa?
Tunggu saya di tepi jalan
Jika aku tak keluar dalam masa 3 minit, masuk semula ke sini dengan polis
Biar aku tolong.. - Buat saja apa aku cakap. Sekarang pergi
Jawap!
Cakaplah, tak guna!
Ada lelaki bernama Kamalesh yang upah mereka
Dia di mana?
Dia tinggal di hotel Sheraton
D dan pakcik ada di sini?
Tadi mereka ada
Tapi mereka dah balik
Ada apa-apa yang aku boleh bantu?
Sebenarnya, boleh saya gunakan tandas?
Oh.. boleh. Dengan senang hati
Saya Vijay Kumar, Penolong Komisioner Polis
Dapatkan saya butiran tentang tetamu di bilik 2701
Namanya Encik Kamalesh
Berapa lama dia tinggal di sini?
Lebih kurang 6 bulan
Tunjukkan bukti alamatnya
Awak tak ambil bukti alamatnya? Peliknya
Berikan saya kunci bilik Kamalesh!
Tanpa kebenaran pengurus, saya tak boleh.. - Beri saja, saya akan beritahu pengurus
Berikan pada aku! - Okey
Mana tangga kecemasan? - Di sana
Hello. Apa?
Awak siapa? - Makcik!
Sekejap! Awak ni siapa?
Siapa awak? - Dia tak jawap pun
Tuan mungkin akan tercekik nanti
Kerana sebiji buah, kau buat hal dengan poliskah?
Ada rokok Marlboro? - Tak ada
Baiklah
Kami sedang mencatatnya, tuan
Hentikan motorsikal. Hentikan!
Hentikan motorsikal! - Ke tepi!
Tangkap mereka! - Ikut mereka! Siapa mereka tu?
Pandu laju lagi!
Cepat! Cepat
Hentikan motorsikal!
Dengar sini. Hentikan!
Kau nak berhenti atau tidak?
Berhenti! Aku cakap dengan kau ni!
Pandu laju lagi! Hentikan motorsikal tu!
Habislah kau! Pandu lagi laju!
Berhenti!
Apa semua ini? Mano!
Ke mari! - Datang!
Datang ke sini! Sekarang! - Kenapa ni?
Atas kebenaran siapa kau pakai baju aku?
Siapa yang beri kebanaran.. - Sekejap!
Baju dia terkoyak semasa di dalam bas
Aku suruh dia pakai baju kau. Pergilah
Bukankah kau yang beri perkerjaan pada dia?
Dan kau sendiri tengking dia?
Aku suruh dia ambil mana-mana baju. Dia ambil baju kau. Apa salahnya?
Selain dari buku-buku kau, kau tak faham apa pun tentang hidup ini
Kenapa kau tak cakap apa-apa bila aku tanya?
Berdiri macam patung! Mana dia?
Dah lama aku tak beli baju
Kita pergi beli
Untuk kau sekali
Kenapa dengan dia?
Encik, teh hijau
Rasa macam kencing kuda!
Hey Mallika - Ya encik
Bersiap. Kita belikan kau baju juga
Kau ni tak berotakkah?
Dia ada pisau! Macam mana kalau dia tikam kau?
Dia nak tikam kau. - Jadi kenapa? Biarlah!
Ini kerja aku. Hidup detektif penuh dengan risiko
Aku mungkin mati bila-bila masa
Kau tak patut mati - Kenapa?
Kenapa aku tak patut mati?
Semua orang akan mati satu hari nanti
Orang yang baik tak patut mati
Aku bukan orang baik! - Kau orang yang baik
Kau cakap macam ni lagi.. - Betul ni
Jika tidak, kenapa kau nak upah penyeluk sakut.. - Kau bukan penyeluk saku!
Kau ada bersama aku kan?
Kau nak ke mana?
Untuk susun buku di rak atas.. - Jangan!
Duduk di sini! Tak nampakkah aku seorang di sini?
Kenapa kau pandang aku?
Tengok bawah!
Aku tak faham semua ni
Pergi! Bangun dan pergi!
Jadi kau pergi bila aku suruh? Kau ni tak tahu berfikirkah?
Terima kasih, Mallika
Kau nak apa-apa tak? - Tak ada apa-apa
Kenapa kau panggil kami?
Kami dapat rekod telefon dari mangsa
Karmegan, yang jatuh dari bumbung. Ramprasad yang kemalangan
Kamalesh, dari hotel
Ketiga-tiga mereka selalu menerima panggilan dari nombor prabayar yang sama
Boleh periksa di mana sim kad itu di beli?
Lebih kurang dua bulan lepas, 12 sim kad di beli di kedai berdekatan Tada
Namanya Kothandaraman - Apa pekerjaannya?
Dia broker rumah
Bukankah mereka akan minta kad pengenalan?
Dia beri. Satu surat. Bersama gambarnya
Lesen memandu - Apa yang tertulis di kepala surat?
Alamat untuk "Perabut Pohon Emas"
Kamalesh ialah pemiliknya. Ada tandatangan dan cop rasmi
Mendiang Kamalesh? - Orang yang sama
Alamatnya berdekatan panggung teater di Royapettah
Alamat palsu. - Betul tu
Kau dah periksa broker tu? - Ya sudah
Tada di berada di kawasan Andhra Pradesh. Kami tak boleh failkan FIR di sana
Kita gunakan kekuatan fizikal
Dia dibayar 10,000 rupee untuk ini
Siapa yang bayar dia?
Ada orang tua - Berapa tua umurnya?
Dalam 60 - 65 tahun
Ada gambaran lain?
Pakaiannya kemas. Dia tak banyak bercakap
Boleh kita dapat apa-apa petunjuk kalau kita periksa rumah Ramprasad dan Kamalesh?
Kita tak boleh serbu rumah Ramprasad. Kita tak ada waran
Kami tak tahu di mana rumah Kamalesh. - Penyata Bank Ramprasad
Periksanya. Kau akan jumpa sesuatu
Kani, tak apa. Saya belanja
Choco Fantasy untuk saya! - Okey
Aku akan dapatkannya dulu - Tidak, aku dulu
Aku akan ke sana dulu!
Bunyi apa tu?
Aku tak dengar apa-apa pun
Apa yang berlaku?
Rasa macam di gigit serangga
Kenapa ni? - Mari!
Masuk! Duduk di sini dan jangan bergerak - Baiklah
Apa yang berlkau? - Datang ke hospital Fortis!
Ikut mereka! Cepat!
Saya pernah baca kes seperti ini sebelum ini
Mereka buat lubang kecil sebesar 1.7mm dan masukkan 0.5mm ricin <i>(protin bertoksik yang diperolehi dari benih)</i>
Mereka tutup dengan lilin dan tembak mangsa dengannya
Ia akan rasa seperti di gigit serangga
Sebaik saja ia masuk ke dalam tubuh manusia..
... lilinnya akan mula cair kerana suhu badan
Apabila lilinnya cair, ricin akan keluar
Dan apabila ricin itu keluar..
Ia perlahan-lahan akan melumpuhkan organ dalaman
Ia akan menyebabkan pendarahan pada buah pinggang, hati dan otak
Ia akan menyebabkan tekanan darah, strok dan koma
Mangsa akan mati dalam tempoh 3 hari
Jadi begitulah Paul mati.. - Ya. Mari pergi
Doktor, kami akan telefon nanti. Terima kasih
Kau siapa?
Mana rakaman CCTV pada tayangan petang 23 hari bulan pada bulan lepas
Kau siapa? Kenapa kau mengarahkan aku?
Boleh kami tengoknya sekarang?
Pusing semula
Mainkan
Itu ayah saya!
Undurkan sikit
Dekatkan
Seorang lelaki tempah 3 tiket di baris berlainan untuk tayangan petang
F-8, E-7 dan D-6.
Tempahan di buat dengan kredit kad? - Ya. Bank Z
Kredit kad atas nama seorang gadis, Aarani
Baunya seperti tersumbat. Periksanya - Baik tuan
Sekejap, tuan
Saya perlukan 4 orang jurutera elektrik
Kenapa?
Aku nak cakap sesuatu dengan kau
Nak bincang tentang apa?
Boleh dapatkan secawan kopi?
Pejabat kita diserbu pakcik
Nama pakcik yang tertera di sijil IATA
Polis akan ke sini. Kita semua akan tertangkap
Aku minta maaf, pakcik
Ini ialah pemancar kilat. Mereka gunakannya untuk pembunuhan pertama
Kita akan buat demonstrasi. Untuk tunjukkan bagaiamana mereka lakukannya
Semua orang ke belakang!
Belakang!
Belakang lagi!
Tutup lampu
Hebat, tuan!
Saya tak menjangkakannya
Hebat betul tuan - Tahniah!
Dia memang genius - Sudah tentu
Tak ada orang boleh berfikir sepertinya
Mana dia pergi?
Kenapa ni? Ada pembedahan lagikah?
Kalau nak apa-apa beritahulah - Okey
Kenapa kau tergesa-gesa ke sini?
Aku dapat mesej
Apa katanya?
Katanya, seorang sahabat aku akan mati
Tapi kau masih hidup dan sihat
Kani.. - Ya
Mallika
Encik siapa?
Detektif ada di sinikah? - Tidak, dia tak ada. Encik siapa?
Saya kawannya
Masuklah
Silakan duduk
Nak minum teh hijau? - Tidak, terima kasih
Tolonglah minum sesuatu
Satu kopi - Okey
Kenapa?
Ia berdering, tapi tak ada siapa yang jawab
Letakkannya di sana
Apa yang berlaku, Mano!
Jangan Kani. Jangan tengok - Ke tepi!
Kenapa kau..
Kenapa kau datang ke rumah aku?
Kenapa kau datang ke rumah lelaki tak berguna macam aku?
Ini semua salah aku!
Kau boleh biarkan aku mati!
Aku tak boleh tengok kau macam ni!
Kenapa kau datang ke rumah celaka ini?
Tak bolehkah kau duduk saja dirumah?
Aku dah selamatkan ramai orang
Tapi kau..
Aku tak dapat selamatkan kau!
Kenapa kau berubah?
Kenapa kau berubah sebab aku?
Kau boleh terus menjadi penyeluk saku!
Aku masih penyeluk saku, tuan!
Jawaplah!
Bercakaplah sekarang!
Cakap! Apa hubungan kau dengan kumpulan itu?
Kamalesh dan saya..
.. belajar bersama di kolej Loyola
Dia bawa aku ke Masinagudi
Di sana...
"Devil"... <i>(Syaitan)</i>
Dia kenalkan aku pada kumpulan Devil
Pembunuhan berlaku
Tapi kes akan ditutup sebagai kemalangan
Banyak duit mencurah masuk
Devil dapat 60%
Kamalesh dapat 35%
Dan aku dapat 5%
Kenapa kau bunuh AC Paul?
Pemilik Sundara Bhavan, Ratnasabapathy..
.. dikenakan tuduhan gangguan seksual dan membunuh isteri pemandunya
AC Paul sedang menyiasat kes itu
Kamalesh jumpa Ratnasabapathy..
.. dan buat perjanjian sebanyak 90 kror
Hari itu, mereka buat rancangan untuk membunuh AC Paul
Bagaimana kaitan Swarnavel dengan kau semua?
Di mana dia sekarang?
Kamalesh jumpa Ramprasad, pemilik Avion System..
.. dan buat persetujuan untuk 300 kror
Untuk membunuh Diwakar, CEO Inten Solutions..
.. dan mereka buat rancangan
Swarnavel adalah perancang utama untuk melaksanakan rancangan itu
Kami pasang generator di belakang rumah Diwakar..
... disambung pada tempat yang ditetapkan..
.. dan cipta kilat
Tanpa di sangka..
... anak Diwakar datang
Kedua ayah dan anak mati di tempat kejadian
Swarnavel rasa kecewa
Kerana budak itu sebaya dengan anaknya..
... dia merasa dia telah berbuat dosa
Dia kata yang kami patut serah diri pada polis
Jika dia buat begitu..
... "Devil" ugut akan bunuh isteri Swarnavel
Selama dua hari..
.. dia tidak keluar dari rumah
Pada malam ketiga..
.. Swarnavel berjumpa Victor, untuk membuat paspot palsu
Kami rasa dengan membiarkan Swarnavel hidup akan menimbulkan masalah..
.. dan kami keluar mencari dia
Dia cuba melarikan diri
Kami kepung dia di pantai dan pukul dia
Devil tembak Swarnavel
Tiba-tiba, ada seekor anjing datang dan gigit tangan Devil
Devil tembak anjing itu. Anjing itu lari
Untuk pastikan tiada siapa yang nampak..
.. kami masukkan mayatnya di dalam van dan simpan di pejabat
Tapi detektif mula menjejak kami
Kami tak tahu macam mana dia boleh menghidunya. Kami tak tahu bagaimana dia menjejak kami
Siapa Devil tu?
Aku tak tahu
Aku mencari maklumat di dalam rekod polis
Tak ada langsung tentang dia
Devil...
.. ialah syaitan. Dia itu adalah syaitan
Dia di mana sekarang?
Aku tak tahu
Jawap - Aku bersumpah, aku tak tahu!
Aku dah beritahu semua yang aku tahu!
Tolonglah percaya!
Aku bersumpah, aku tak tahu!
Apa kita nak buat sekarang, Kani?
Siapa tu?
Victor? - Kenapa?
Mereka tembak pegawai Muthu! Dia dah mati
Jet-ski dektektif terbiar, tuan
Jangan tembak!
Aku serah diri!
Jangan tembak aku!
Jangan bangun, tuan
Selamat datang Encik Detektif
Banyak kepala akan terpenggal hari ini. Marilah
Kau pergilah
Kau akan selamat sayang
Mari
Kau tidurlah dengan lena
Panggil detektif itu ke sini
Jangan datang, Kaniyan!
Jangan serah diri
Jangan ke sini!
Datang cepat! Cepat!
Panggil dia
Pakcik Detektif
Letak tangan kau di belakang
Kau tunggu di sini
Selepas aku bunuh pembantu rumah kau..
.. aku buat sedikit siasatan
Ada sampul di dalam laci kau
Ada peluru aku
Aku mula faham semuanya
Aku cari budak lelaki yang mencari anjingnya..
.. dan bawa dia ke sini
Detektif
Kau dah kalah
Aku menang
Pergi dan tiuplah harmonika kau. Aku akan menari
Kau buat aku begitu penat, Detektif. Sangat penat!
Kau tendang lelaki yang tak berdaya! Buka ikatannya kalau kau berani!
Jangan tengok semua ini Naveen. Masuklah ke dalam!
Kau tak boleh terlepas!
Betulkah?
Aku akan pergi dari sini tak lama lagi
Tak ada orang boleh tangkap aku
Jadi berehatlah
Aku akan datang dan bunuh kau berdua
Apa kau cuba buat?
Cuba nak tipu aku, Detektif?
Kau baring di sebelah sana dan apa kau buat di sini?
Baiklah. Baringlah di sebelah mana yang kau nak. Dah tiba masa untuk mati!
Kau yang akan mati!
Betulkah? Ok, biar kau yang mati dulu
Cecil Ranasinghe.
Itu nama dalam paspot kau
Aku berjumpa Victor tukang paspot palsu
Cecil Ranasinghe ialah nama orang Sri Lanka
Tapi kau bukan orang Sri Lanka
Dan kau tak akan pergi ke Sri Lanka
Kau dapat tak?
Macam mana kau tahu?
Aku tanya kedutaan Sri Lanka
Cecil Ranasinghe adalah pegawai dek di kapal pengangkut Sri Lanka
Tiga bulan lepas dia mati dalam kemalangan di Jaffna
Siapa yang berikan kau maklumat paspot dia?
Aku agak kau ada kawan di atas kapal
Kau dapat tak?
Dapat apa?
Aku tanya jika kau faham apa yang aku cakapkan
Kau ni memang licik!
Melalui kedutaan Sri Lanka, aku bercakap dengan kapten kapal
Aku ugut dan kata semua yang membantu kau, akan dikenakan tindakan
Kerana takut, kapten itu mengaku segalanya
Malam ini jam 7.30, di pelabuhan Point Pedro, Sri Lanka..
... kapal pengangkut akan berlepas
Kau akan pergi..
.. dan pergi sejauh 120 batu nautika dari jajahan negara India..
.. dan naik ke kapal pada subuhnya
Lelaki ada sembilan lubang
Tapi jika kau tengok dekat-dekat, kau akan nampak sepuluh lubang
Apa yang kau merepek ni. Aku tak faham!
Enam hari selepas itu, kapal kau akan tiba di pelabuhan Klang, Malaysia
Kapten beritahu aku, kau akan dapat visa di sana dan akan ke Phuket
Lubang ke enam
Kau memang bijak
Kau betul
Tapi aku siapa... - Pada 21 September 2010, di Delhi..
... kau bunuh 4 pelancong Perancis kerana duit
Kau bunuh tiga orang di Kathmandu pada tahun 2008
Macam mana kau tahu?
Ia ditunjukkan oleh pin di kepala talipinggang kau
Jangan mengarut. Beritahu aku cepat. Cepat!
Macam mana kau tahu semua tu?
Aku hafal setiap kes pembunuhan yang tidak selesai sejak 20 tahun lalu
Pembantu rumah aku, Mallika..
Tidak...
Mallika, yang menjaga aku dengan baik.. kau bunuh dia
Aku nampak tapak kaki kau pada darahnya
Saiz 12
Satu-satunya petunjuk yang kau tinggalkan di setiap lokasi pembunuhan..
... adalah tapak kaki kau
Saiz kasut kalau ialah 12
Ketinggian sekurang-kurangnya 6'2"
Bercinta! - Apa?
"Cinta akan cari jalannya"
"Perlu dua orang untuk menari"
Cepat, jangan bazirkan masa aku. Cakap cepat. Sekarang!
Di kepulauan lautan Andaman tahun 2004..
... pasangan Jerman di temui ditanam
Pemandu pelancong yang menemani mereka juga didapati mati
Polis Andaman menutup kes ini
Aku buka kembali fail itu
Aku berhubung dengan kawan aku seorang penjaga di pantai Andaman..
.. dan tanya dia tentang pejabat pelancongan tempat pemandu pelancong itu bekerja
Dalam sijil kelahiran, aku jumpa alamat pemandu pelancong itu
Dia di lahirkan di kampung
Kau tak akan pergi ke Phuket
Jika kau pergi 543 kilometer ke utara Phuket..
.. kau akan tiba di kampung Khalasi, di Pulau Nicobar
Di kampung itu, tinggal seorang wanita buta
Emak kau, yang tak tahu kau dah jadi pembunuh yang kejam!
Kau berjanji, kau akan balik selepas mendapat duit yang banyak
Dia masih menunggu anaknya, Holcha!
John Richardson Holcha.
Kau betul
Kau dah menang
Tapi aku tak kalah, Detektif!
Kenapa pakcik bunuh anjing saya?
Aku dah bunuh ramai orang
Aku tak pernah tertangkap
Tapi aku bunuh anjing kau
Dan aku ditangkap kerananya
Hingga sekarang..
.. aku tak pernah ucap ayat ini pada sesiapa
Aku minta maaf
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét